Saturday, 31 May 2014 | 21:06 | 0 Atasinchi
Bismillahhirrahmannirrahim....
ku mulakan coretan aku pagi ini dengan lafaz yang paling mulia...
Setiap pertemuan,akan ada perpisahan,
Kerana syarat untuk hidup adalah maty,
Mahu atau tidak,harus aku terima syarat yang pasti,
walau aku tidak mahu itu terjadi.
Setiap pertemuan,akan ada perpisahan,
Setiap cinta yang dimiliki,belum pasti akan aku miliki,
kerana pengorbanan demi kebahagiaan adalah sudah pasti,
jika aku tahu begini akhirnya,tidak ingin miliki hati.
Bertemu dengan dia,adalah perkara yang paling bahagia,
Tak sangka akan kekal hanya sementara,
Yang aku takutkan,adalah perpisahan selamanya,
Aku inginkan dia bahagia,kerana itu memang miliknya.
Air mata yang telah lama aku simpan,akhirnya mengalir hanya kerana tidak inginkan perpisahan.Hati,hati yang telah lama termiliki tidak mungkin bertukar ganti...#26 februari 2010,tarikh yang tak mungkin akan terpadam...kerana ianya telah menjadi sejarah kekal dalam ingatan.
Perkenalan yang terlalu indah untuk aku lupakan,hanya koyakn kertas balut ayam goreng bercapur sedikit dakwat yang tertulis nombor talifon yang bakal mencipta sejarah yang kekal dalam hati,selamanya.
Jika aku tahu akan begini akhirnya,tidak ingin aku berkenalan dengan dia.Sebuah perhubungan yang hampir 5tahun telah kami bina,tak sangka akan berakhir dengan hitungan hari demi hari...akan aku isi hari2 kita bersama dengan kebahagiaan.
Aku bukanlah seorang gadis yang setia,tapi hati aku hanya ada dia,si pria yang mengukir bahagia.Dia terima aku seadanya,selama aku bersama dia...kebahagiaan yang dia cipta,tidak pernah setitikpun air mata aku keluar kerana dia..tapi hari ini,1 jun 2014...aku menangis,menangis kerana tidak sanggup menghitung hari,aku tak boleh terima yang dia akan tinggalkan aku hari demi hari...
Dia ibarat sekuntum bunga yang mekar,dan akan layu hari demi hari....mengapa dia dan bukan aku yg harus terima semua tu.Ya Allah,aku mohon beri dia kesempatan utk merasa kebahagiaan...mengapa dia yang akan tanggung kesakitan tu...aku tak sanggup melihat dia sakit...mengapa kau uji dia dengan ujian yang sebegitu berat!?kenapa?
Dia masih muda...sepatutnya bukan dia...siapa yang harus kami salahkan?Ya Allah,aku bukanlah seorang yang kuat....
ya!pada zahirnya aku nampak kuat,tapi batin??hanya aku dan Allah yang tahu..jujur aku cintakan dia,sayangkan dia...
Aku tak sanggup Ya Allah!aku tak kuat.....jangan biarkan aku terus menangis..menangis dan terus menangis...Sayang,sofi harap awak kuat ye..sofi akan sentiasa doakan awak..jika bukn kebahagiaan awak di dunia,mungkin di akhirat sana.tunggu saya at sana ye...
Orang yang baik.. Allah selalu uji dia dengan ujian yang berat.Tahniah sayang kerana Allah lebih sayangkan awak daripada saya...hubungan kita sedang diuji..sofi akan tempuhi ujian ni dengan tabah,saya redha meski suatu hari nanty sofi akan kehilangan awak sayang...sofi rehda...







SuperGirl !

